Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim (tengah) bergambar bersama selepas penyampaikan sumbangan token kepada 8 peyumpang semasa Majlis makan tengah hari meraikan ulang tahun ke-10 PCHC di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 14 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) mengumumkan rakan kongsi terbaharu bersama syarikat permulaan teknologi iaitu Durioo dalam usaha menumpukan kepada penyediaan kandungan berkualiti dan sihat ke atas golongan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abd Rahim berkata, matlamat kerjasama itu adalah untuk mewujudkan pendidikan kesihatan dan mesra maklumat kepada golongan tersebut terutamanya mengenai subjek berkaitan jantung.

Beliau berkata, ia bakal menjadi saluran tambahan kepada IJN bagi menyuntik maklumat kesihatan yang didorong oleh sains ke dalam minda kanak-kanal seawal usia muda dalam usaha memperkasakan mereka dengan pengetahuan sehingga ke alam dewasa.

“Kerjasama ini juga telah memainkan peranan yang besar dalam usaha kami untuk menyediakan penjagaan holistik di mana pada masa yang sama dapat mempertingkatkan perkhidmatan pesakit sedia ada.

“Selain dapat bekerjasama dengan rakan sealiran dalam penjagaan kesihatan industri, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi yang berminat memajukan kesihatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Penyumbang IJN dan Majlis Ulang Tahun Ke-10 Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital (PCHC) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berucap pada Majlis makan tengah hari meraikan ulang tahun ke-10 PCHC di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 14 FEBRUARI 2023.

Mengulas lanjut, Azai Azan berkata, dalam tempoh lebih sedekad, PCHC telah membina reputasinya sebagai hospital untuk pembedahan jantung kompleks kanak-kanak di negara ini.

Beliau berkata, pusat itu juga merupakan satu-satunya pusat di negara ini yang menyediakan rawatan yang terbukti berkesan untuk masalah irama jantung kanak-kanak.

Menurutnya, salah satu kekuatan teras PCHC ialah keupayaannya untuk menyediakan kedua-dua rawatan pilihan yang mudah dan kompleks untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung.

“Ketika kita bergerak ke hadapan, pusat ini didorong oleh keperluan untuk memperkenalkan lebih banyak prosedur invasif minimum, serta terapi lanjutan yang semakin mantap.

“Prosedur sedemikian bermanfaat untuk mana-mana pesakit terutamanya bagi pesakit jantung kongenital yang mungkin perlu menjalani beberapa pembedahan untuk mengekalkan kesihatan mereka.

“Sudah tentu, penjagaan kesihatan bukan hanya mengenai rawatan yang inovatif namun adalah mengenai memenuhi kesejahteraan seseorang secara keseluruhan.

“Kami berbangga untuk mengatakan bahawa sama seperti profesional kesihatan di seluruh jabatan lain, pakar perubatan di PCHC sentiasa didorong oleh rasa kasih sayang apabila berurusan dengan pesakit muda mereka.

“Pusat ini juga mengambil inisiatif untuk memulakan Nadi PCHC iaitu kumpulan sokongan sukarela yang terdiri daripada pesakit, ibu bapa, ahli psikologi serta kakitangan klinikal daripada IJN.

“Kumpulan ini bertindak sebagai saluran emosi untuk pesakit dan penjaga mereka bagi memberi ruang untuk bekerja sambil perjuangan bagi menerima galakan dan sokongan yang diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim (tengah) menyampaikan sumbangan token kepada 8 peyumpang pada Majlis makan tengah hari meraikan ulang tahun ke-10 PCHC di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 14 FEBRUARI 2023.

Sementara itu, Azai Azan berkata, kejayaan IJN sebagai pembekal pakar kesihatan tidak mungkin dapat dicapai dengan bantuan rakan usahasama yang telah memainkan peranan penting  dalam membantu menambahbaik piawaian penjagaan pesakit jantung di Malaysia.

Kata beliau, sumbangan mereka telah memberikan pelaburan ke dalam keseluruhan  kesihatan komuniti di negara ini.

“Kami menyalurkan semua pembiayaan yang diterima untuk mempertingkatkan penjagaan dan perkhidmatai untuk pesakit terutamanya bagi mereka kurang bernasib baik apabila tidak mampu membayar prosedur menyelamatkan nyawa.

“Dana ini juga membolehkan kami memperkenalkan pilihan rawatan yang lebih inovatif dan membina kapasiti sokongan untuk profesional perubatan kami di mana semuanya memberi kesan kepada kehidupan pesakit,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim (tengah) berbual bersama tetamu kehormat pada Majlis makan tengah hari meraikan ulang tahun ke-10 PCHC di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 14 FEBRUARI 2023.