Mayat mangsa kedua lemas yang hilang dihanyutkan arus deras keetika mandi bersama rakannya di Sungai Pisang pada Ahad lalu berjaya ditemui pagi tadi. Bomba Selangor

GOMBAK – Mayat mangsa kedua yang hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa bermandi-manda bersama seorang lagi rakannya di dalam kejadian di Batu 12, Sungai Pisang Selayang di sini pada Ahad lalu akhirnya ditemui pada hari ini.

Mayat mangsa telah ditemui kira-kira jam 10.34 pagi tadi di kunci air Sungai Kerdas, 10 kilometer dari lokasi kejadian. kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis.

Tambah beliau, mayat mangsa berusia 20-an itu kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi proses bedah.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, tiga rakan karib yang sedang bermandi manda telah terperangkap di tebing Sungai Pisang akibat arus deras susulan hujan lebat.

Bagaimanapun, salah seorang mereka sempat berpaut pada tebing semasa kejadian sebelum berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh anggota bomba yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam. – MalaysiaGazette