CAAM

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada hari ini telah mengesahkan mengenai insiden sebuah pesawat latihan telah membuat pendaratan paksa di Jasin, Melaka.

Ia berikutan masalah teknikal yang dilaporkan oleh juruterbang.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat jenis Piper PA-28-181, 9MSKJ telah memohon kebenaran daripada Menara Kawalan Trafik Udara untuk
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

“Bagaimanapun pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) telah membuat pendaratan paksa di Kilang Xinyi Energy Smart, Jasin, Melaka pada 11.05 pagi hari ini.

“Penerbangan tersebut melibatkan seorang juruterbang dan seorang pelajar yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut Norazman, Biro Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneruskan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast