PEKAN – “Kecil tapak tangan, nyiru saya ditadahkan”.
Itulah reaksi spontan Mohd Khairi Othman, 47, dari Kampung Tanjung Pulai, di sini, apabila ditawarkan sebuah rumah oleh Yang di-Pertuan Agong (YDP), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Siapa sangka pertemuan lebih setahun lalu bersama baginda merupakan pengikat rezeki bersama isteri, Zaleha Mohd Nafis, 49, dan anak lelakinya, Muhammad Tasnim, 12.
Lebih manis rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diserahkan sendiri oleh YDP pada hari ini.
Hadir mengiringi baginda pada sesi penyerahan kediaman itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman.
Selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan, Al-Sultan Abdullah meluangkan masa hampir sejam menyantuni Khairi sekeluarga dan melawat bahagian dalam rumah tersebut.
“Terkeut apabila tuanku menawarkan hendak beri saya sebuah rumah memandangkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki ketika itu terlibat banjir, habis barang kedai juga terjejas banjir.
“Pada mulanya saya sangka Tuanku hanya menziarah abang dan bertanya khabar namun penghujung pertemuan ternyata ada rezeki buat saya dan keluarga pada sebuah program tahun dulu,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Rumah kurnia satu tingkat itu yang mempunyai tiga bilik tidur, ruang dapur, ruang makan disiapkan dalam tempoh 16 minggu.
Ia turut dilengkapi kelengkapan rumah seperti perabot dan perkakas dapur.
Rumah seluas 837 kaki persegi itu dibina dilengpai ruang serbaguna, sto,r kedai dan kemudahan akses oraang kurang upaya (OKU), besesuaian dengan faktor fizikal Khairul yang mengalami kecatatan fizikal sejak lahir.
Bagaimanapun, beliau yang berkerusi roda tidak menjadikan ketidaksempurnaan itu sebagai halangan untuk terus berusaha mencari rezeki untuk menyara keluarganya.
Beliau yang merupakan peniaga kedai runcit turut mengusahakan ternakan ikan sangkar, namun ia terpaksa dihentikan akibat banjir. – MalaysiaGazette