KUALA LUMPUR – Usaha berterusan perlu dilakukan untuk melindungi wanita daripada menjadi mangsa scammer atau penipuan dalam talian
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, wanita berusia 17 hingga 40 tahun adalah golongan paling terdedah kepada penipuan dalam talian.
“Sejauhmana keberkesanan kempen #taknakscam dalam memerangi jenayah siber?
“Adakah kerajaan ada cadangan mewujudkan pusat sehenti bantuan bangsa melibatkan pelbagai agensi seperti SKMM, PDRM, BNM, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain?
“Adakah kerajaan ada perancangan untuk pekenal mekanisme pampasan dana pemulihan seperti Monitoring Security Singapore?” tanya Noraini.
Beliau berkata demikian dalam perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, mengikut rekod polis pada 2020 terdapat 47 kes dalam talian setiap hari.
Jumlah tersebut meningkat kepada 57 kes pada 2021 dan sehingga Mei meningkat kepada 72 kes setiap hari.
Sementara itu bagi menghentikan keganasan terhadap wanita, Noraini berkata, golongan itu perlu diperkasakan.
“Perlindungan hak asasi wanita dipertingkatkan, rantaian keadilan sosial wanita diperkukuhkan, dan peranan wanita dalam dimensi profesional dilipatgandakan, angka-angka ini dapat dikurangkan secara drastik,” katanya.
Norini berkata, kes keganasan rumah tangga telah meningkat sebanyak 42%, kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 28.5%.
Manakala kes jenayah seksual melibatkan mangsa melebihi 18 tahun meningkat 0.9% dan kes jenayah seksual melibatkan mangsa kurang daripada 18 tahun meningkat 1.1%.
“Angka-angka ini sangat membimbangkan dan kita perlu meletakkan sense of urgency yang lebih tinggi dalam melindungi wanita dan kanak-kanak,” tegasnya.-MalaysiaGazette