Motosikal yang terlibat dalam nahas membabitkan seorang wanita dan anaknya berhampiran Sekolah Kebangsaan Dato Harun 2, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita meninggal dunia selepas dirempuh sebuah motosikal di Jalan PJS 2/2 berhampiran Sekolah Kebangsaan Dato Harun 2, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang semasa mangsa yang berumur 37 tahun bersama anak lelakinya sedang melintas jalan

Beliau berkata, akibat kejadian itu wanita tersebut cedera para di kepala dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

Tambah beliau, anak mangsa  berusia 10 tahun selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bibir.

Mohamad Fakhrudin berkata, kemalangan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menyeru saksi kejadian supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisham Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette