Status Baby Shima didakwa kurang disenangi oleh masyarakat setempat yang terlibat dalam Program Hari Bandaraya Mesra Komuniti.

KUANTAN – Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mendakwa menerima banyak aduan dan bantahan daripada masyarakat penampilan artis jembutan Baby Shima yang dijangka memeriahkan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Sungai Isap Damai esok.

Susulan itu, surat bantahan kehadiran artis berkenaan pada majlis itu telah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

“Kebanyakan acara yang disusun sangat baik untuk manfaat masyarakat setempat. Namun persembahan artis Baby Shima adalah tidak perlu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

Menurut beliau, di bulan Rejab yang mulia ini, seharusnya umat Islam memperbanyakkan amalan yang mulia, bukannya melakukan aktiviti yang mengundang murka Allah

Dakwanya, menerusi hantaran di Facebook Baby Shima yang dikongsi di Facebook Page Majlis Bandaraya Kuantan, ayat yang ditulis jelas menunjukkan tindakan tidak sopan daripada artis tersebut.

Menerusi Facebook itu, Baby Shima menulis “Orang KUANTAN ready! shima datang nak goyang!! jumpa shima di Hari Bandaraya Mesra Komuniti bertemoat di Padang Sungai Isap Damai, Kuantan jam 7.30 pagi pada 18 Februari Sabtu ini”.

Wan Razali berkata, umum mengetahui Baby Shima sering kali terpalit dengan isu moral dalam persembahan beliau yang melanggar tatasula dan adat ketimuran.

“Saya dan Sekretariat Pusat Khidmat Parlimen Kuantan  menghantar surat bantahan rasmi kepada Majlis Bandaraya Kuantan.

“Kami mengharapkan agar aduan daripada orang ramai dan sensitiviti komuniti setempat diambil kira,” kata Wan Razali.

Hantaran yang dibuat oleh Wan Razali mengundang ratusan sukaan dan perkongsian selain komen yang manyatakan sokongan tindakan berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast