Pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) malam Sabtu lalu menelan kos RM2 juta.

KUALA LUMPUR – Jenama Baju Melayu tempatan, Bulan Bintang yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan pada tahun lalu kini kembali menjadi perhatian.

Kali ini pihaknya mengadakan pertunjukan fesyen yang  memecahkan Malaysia Book Of Records dengan bilangan dron terbanyak digunakan sebanyak 350 unit di sini baru-baru ini.

Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi mengakui syarikatnya telah membelanjakan RM2 juta untuk merealisasikan pertunjukan yang turut menjadi tular di media sosial.

Jelas beliau, menerusi pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) itu, pihak telah membawa formasi dron yang didatangkan khas dari United Kingdom (UK) yang berpengalaman terlibat dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh The Walt Disney Company (Malaysia) dengan mempersembahkan 300 buah dron bagi membentuk logo Avengers dan watak adiwira filem berkenaan seperti adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, serta Hulk.

“Untuk Bulan Bintang Takes The Sky kita belanjakan minimum RM2 juta, khas untuk kita buat skala pertunjukkan fesyen sebegini, Malaysia tak pernah tengok pertunjukan fesyen yang sebegini.

“Saya rasa belum ada mana-mana jenama yang buat lagi, jadi kami sudah adakan satu pertunjukkan fesyen level yang baharu, jadi untuk kita bawa level tu, inilah kos yang harus dikeluarkan,” katanya yang berusia 25 tahun.

Ditanya sama pelancaran yang mewah dan gah itu akan menyebabkan nama Bulan Bintang dipersoalkan lagi oleh netizen, Azzim menjelaskan, dia sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan sejak menyertai dunia bisnes bermula usia 16 tahun lagi.

“Nombor satu, saya sudah lali dengan benda itu, sebelum Bulan Bintang ini famous, saya meniaga apa pun orang cakap macam-macam. Saya jual baju, t-shirt di sekolah, kata bolehlah emak saya kaya, padahal emak saya cikgu.

“Untuk tahun kelapan ini, saya sudah cukup matang untuk kendali kontroversi lagi. Apa yang akan buat, setiap tahun saya akan tunjuk dengan tindakan bagi orang diam.

“Saya mahu Bulan Bintang ke depan, jadi kebanggaan sampai orang tidak boleh cakap apa lagi. Tak kan cakap pasal saya sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Azzim Zahid Azmi (tiga dari kanan) bersama dua Bulan Bintang sempena Koleksi Raya tahun ini.

Azzim turut menegaskan, apa yang dilaburkan pada majlis pertunjukan itu adalah hasil dana syarikatnya sendiri melalui perancangan yang rapi sejak tahun lalu,

“Saya punya bisnes ada menggunakan pelabur juga iaitu rakan kongsi strategik mustahil saya ada di sini. Netizen cakap aku sudah meniaga lima tahun, tidak boleh pun jadi macam itu kalau buat sendiri.

“Kena ada pelabur tapi jangan ingat saya kaya. Daripada 100 peratus saham kena pecah saham itu. Jadi macam bisnes itu berjalan dan akan berjaya,” kongsinya lagi.

Sementara itu, pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky itu menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

Ia didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size.

Pada masa sama, Bulan Bintang juga turut menampilkan barisan duta untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Ramadan tahun lalu, Bulan Bintang menjadi trending di seluruh negara kerana menggunakan 3D billboard di hadapan KLCC iaitu antara billboard terbesar selain 3D billboard di Pavilion.

Pemasaran menggunakan 3D billboard adalah yang terbaik kerana ilustrasi 3D sebenarnya lebih menarik perhatian kerana mempamerkan iklan hidup seperti boleh disentuh.

Pada masa sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz merupakan salah seorang pelanggan Baju Melayu Bulan Bintang.

Mula bertapak di Uptown, kini Azzim berjaya membuka butik Bulan Bintang sendiri selain beberapa buah cawangan lain yang difrancaiskan di Semenanjung Malaysia – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast