Ketua Penerangan Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) terhadapnya adalah cubaan kerajaan untuk mengalih perhatian selepas gagal menangani masalah rakyat.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berdepan dua pertuduhan rasuah, kesal dengan pendakwaan itu kerana kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat.

“Saya agak kesal kerana keadaan sekarang sepatutnya kita patut fokus kepada kebajikan rakyat, kos sara hidup, kenaikan kos keperluan asas yang naik melambung, dan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.

“Hari-hari disuarakan, tetapi apa yang berlaku ialah diwujudkan pertuduhan sebegini untuk alihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan.

”Kegagalan untuk mengeluarkan idea-idea baharu dan penyelesaian kepada masalah rakyat, apabila mereka gagal, ia cuba ditutup dengan mewujudkan kes yang sepatutnya tidak wujud,” katanya pada sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mohamed Azmin Ali selepas hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menghadapi pertuduhan SPRM berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 FEBRUARI 2023.

Sementara itu Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali mendakwa kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) cuba menutup kelemahan mereka mentadbir negara dengan memberi tekanan kepada Perikatan Nasional (PN).

”Tindakan yang diambil ini memberi satu lagi isyarat bahawa PH dan UMNO tidak mampu mentadbir kerana mereka tidak menunaikan apa yang yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Sudah masuk tiga bulan tetapi tidak ada sebarang langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan hari ini untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Terdahulu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

    • ko tak tengok Rosmah bekas Janda tu yang kini berlegar-legar keliling Mahkamah, ko try test cuba selak kitab-kitab alasanya… tulah trend yang di follow masakini. Kalau TREN Wak Karto President siap susun Kes cuti sakit tu…. alasan??? berbagai bahasa dia cipta

Comments are closed.