KUALA LUMPUR – Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion.

“Langkah ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyokong peningkatan ekuiti dalam kalangan bumiputera,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast