Young Syefura Othman. Foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2022.

KUANTAN – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mahu tempoh menunggu yang lama untuk pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Bentong diselesaikan segera.

Beliau akan mengemukakan cadangan pembinaan sebuah fasiliti kesihatan di daerah tersebut kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya akan memanjangkan isu pembinaan Hospital Bentong yang baharu di Chinta Manis ke perhatian KKM agar dapat dibina dengan segera supaya fasiliti kesihatan di Bentong ini lebih selesa dan kesesakan serta waktu menunggu dapat diselesaikan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas laporan media mengenai  keluhan warga Bentong yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Bentong.

Malah menurut Syefura, terdapat pesawat yang pulang ke rumah tanpa mendapat rawatan akibat enunggu terlalu lama.

Tambah beliau, walaupun pekerja kesihatan terutamanya doktor di Hospital Bentong telah bertambah, namun ia masih tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang hadir di hospital tersebut. – MalaysiaGazette