Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat penemuan beberapa naskah al-Quran yang dibuang di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Sesyen 298A Kanun Keseksaan bagi mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini lapan individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

”Sehubungan itu, masyakarat dinasihat tidak gusar dan mengelak daripada membuat spekulasi kejadian yang pernah berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas 13 naskah al-Quran dipercayai dibuang di sebuah longkang lombong di Jinjang, di sini 19 Februari lalu.

Artikel berkaitan: Beg berisi 13 naskah al-Quran dibuang dalam longkang

Mohd Na’im kesal perbuatan buang naskhah al-Quran ke dalam longkang

8 individu diambil keterangan berhubung penemuan al-Quran dalam longkang

Acryl berkata, polis sedang berusaha memastikan pelaku dalam kejadian ini dapat dikesan dan diambil tindakan.

“PDRM dan agensi-agensi berkaitan akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan bagi memastikan keharmonian masyarakat majmik di Malaysia terpelihara dalam menjaga sensitiviti dan kesucian al-Quran.

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak ingin melupuskannya, sewajarnya mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak mempunyai maklumat berhubung siasatan ini menghubungi balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette