Gambar hiasan

KUANTAN – Sebanyak 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dalam tempoh 48 jam melibatkan enam daerah di Pahang.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, enam daerah yang terkesan ialah Raub, Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Jerantut akibat hujan berterusan sejak kelmarin.

Sehingga jam 8 malam ini, seramai 1,769 mangsa banjir daripada 497 keluarga telah dipindahkan ke PPS.

Jumlah mangsa paling ramai ditempatkan ialah di 13 PPS di sekitar Rompin melibatkan 1,068 mangsa daripada 336 keluarga.

Mangsa banjir di Maran berjumlah 402, Pekan (106), Jerantut (96), Raub (68),Bera (29).

Laporan paras air sungai menunjukkan dua sungai yang berada di paras bahaya mula menurun melibatkan Sungai Jempol Ran Felda Jengka, Maran pada paras 31.23 meter dan Sungai Keratong, Rompin pada paras 27.39 meter. – MalaysiaGazette