Mahkamah Shah Alam

PETALING JAYA – Seorang buruh binaan mengaku bersalah mencuri dua seluar dalam wanita di taman perumahan dalam kawasan Bandar Sri Damansara pada 23 Febuari lalu.

Liew Chee Hoong membuat pengakuan berkanaan di Mahkamah Majistret, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Liew berusia 44 tahun, pada Khamis lalu jam 6 petang mencuri dua helai seluar dalam milik Leong Hui Zhu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Liew boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.

Sementara itu, Liew merayu supaya hukumannya diringannya  kerana hanya berpendapatan lebih RM1,000 setiap bulan.

“Kerja saya ni, kalau ada kerja ada wang, tiada kerja tidak ada upah, saya juga perlu menyara datuk saya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menegaskan hukuman yang diberikan perlulah setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Sehubungan itu, Majistret Zhafran Rahim Hamzah menetapkan hukuman denda RM2,400 terhadap tertuduh.

Sekiranya denda berkenaan gagal dilunaskan, Liew boleh dipenjara selama tiga bulan.

Semalam dilaporkan, pencuri seluar dalam itu diberkas oleh pasukan polis daripada  dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan laporan yang diterima.-MalaysiaGazette