ISLAMABAD – Sembilan anggota polis terbunuh dan sekurang -kurangnya 13 yang lain cedera dalam serangan bom di wilayah Balochistan.

Ledakan itu berlaku selepas mereka selesai bertugas mengawal keselamatan di Festival Sibi, satu acara kebudayaan tahunan.

Polis mengesyaki insiden itu berpunca daripada letupan oleh pengebom berani mati.

Media-media melaporkan ada seorang individu menunggang motosikal merempuh ke arah trak polis sebelum ia berpusing dan terbalik.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.

Kerajaan Wilayah Balochistan mengutuk serangan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Menteri Balochistan Abdul Quddus Bizenjo menyifatkan kejadian ini sebagai konspirasi untuk menggugat keamanan wilayah tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast