Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Warga pegawai Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diseru membudayakan sikap ingin tahu permasalahan rakyat.

Menterinya, Fahmi Fadzil mahu warga kementerian itu menjadi duta dalam mendekati dan mengenalpasti permasalahan rakyat bagi membolehkan ia diselesaikan segera.

Katanya, sikap ingin tahu masalah rakyat penting dan sekiranya ia berkait dengan isu yang diusahakan oleh kementerian itu maka perkara itu perlu diselesaikan segera.

“Sebagai contoh kemana-mana sahaja kita pergi sekarang ini, kita akan check line (talian) telefon serta kelajuan jalur lebar atau internet berapa bacaannya.

“Dalam soal ini, kita minta warga Komunikasi dan Digital budayakan sikap ingin tahu masalah sedemikian bermakna di mana sahaja kita berada kita akan test line (menguji talian) itu.

“Sekiranya didapati tidak berapa elok maka kita maklumkan segera kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk segera diselesaikan,” kata selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKD, di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, warga kementerian itu juga perlu mengenal pasti masalah untuk ditangani dalam memastikan rakyat menikmati rangkaian komunikasi yang efektif dan berkesan.

“Inilah yang boleh kita anggap sebagai ‘duta’ atau wakil kementerian di peringkat akar umbi untuk kita dekati, fahami masalah rakyat dan segera menyelesaikannya.

“Kalau boleh janganlah sampai ada rakyat yang menghantar aduan mendakwa tempat mereka tidak mempunyai rangkaian atau talian ‘internet down’ dan sebagainya tapi kita mengambil inisiatif kita tahu dulu masalah ini dan kita mengambil langkah penyelesaian dengan kadar segera,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Budayakan sikap ingin tahu…..PAKATAN HANCING BUAT TAK TAU dan TIDAK AMBIL TAHU dengan MUNGKIRI JANJI MANIFESTO sejak PRU 14 dan 3 BULAN PRU 15

    DILUNAKKAN ….dengan RAHMATAN LILALAMIN……RAHMAH….INSAN KAMIL …..MADANI….SEMUANYA JADI MUNAFIKUNNNN

Comments are closed.