Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada lagi pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang akan didakwa selepasnya. 

Menurut Pengerusi PN itu, pendakwaan yang dikenakan kepadanya hari ini dikaitkan dengan politik kerana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional takut dengan sokongan rakyat terhadap PN.

“Harapnya tidak ada (pertuduhan kepada yang lain). Takkan lepas satu, satu. Apa sebab?

“Kami tahu ini tindakan yang berpaut kepada politik, political prosecution kerana mereka takut dengan kekuatan PN dan meraka rasa akan kalah, maka ambil tindakan.

“Dan yang paling baik adalah kalau Tan Sri Muhyiddin dihukum oleh mahkamah, (dan didapati) bersalah,” katanya pada sidang media di pekarangan pintu masuk ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini malam ini.

Mengulas mengenai pendanaan awam (crowdfunding) yang dilancarkan, Muhyiddin berkata, ia dibuat oleh sahabat parti-parti PN yang mengetahui parti  tidak mempunyai dana dan telah miskin.

“Kita tidak mempunyai dana, sumbangan. Parti telah miskin dan akaun dibekukan. Jadi jangan andai ada crowdfunding, ada another one, another one (pendakwaan), saya tak nak mendoakan,” tambahnya.

Beliau turut berterima kasih kepada yang menyumbangkan bantuan dan dana berkenaan.

Untuk rekod, SPRM akan mengemukakan tujuh pertuduhan terhadap Muhyiddin daripada dua siasatan iaitu berkaitan isu kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Ahli Parlimen Pagoh itu akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Muhyiddin merupakan pimpinan PN yang ketiga didakwa selepas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dihadapkan ke mahkamah berhubung rasuah bagi projek yang sama.

Selain itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan rasuah dalam kes berkaitan Jana Wibawa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa bukhari tidak di dakwa? Bukan kah pemberi dan penerima itu dikira bersubahat. Jangan jadi seperi kes 1MDB, yang hanya Najib sahaja ditangkap tetapi JLow terlepas.

Comments are closed.