KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia yang bermesyuarat hari ini berpendirian, dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
Katanya, selepas menunjukkan prestasi kukuh tahun lepas, ekonomi negara dijangka menjadi sederhana pada 2023 berikutan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.
Namun, MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.
MPC juga katanya akan terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi.
Ini termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan.
“Langkah seterusnya untuk mengembalikan keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada mesyuarat pertama bagi 2023 pada Januari lalu, MPC BNM telah mengambil keputusan yang mengejutkan pasaran dengan mengekakalkan kadar penanda aras pinjaman dan deposit itu pada 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut tahun lalu.
OPR dinaikkan bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.- MalaysiaGazette