Antara pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2022 di negeri ini diraikan dalam pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 1,221 pelajar mendapat keputusan  8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2022 di Pahang.

Jumlah itu bersamaan 8.11 peratus daripada 15,053 calon yang hadir pada peperiksaan dijalankan pada 29 November hingga  5 Disember 2022  di 544 Pusat UPKK seluruh negeri ini.

Manakala keputusan selebihnya  seramai 1,350 murid memperoleh 7A, 1,339 murid (6A), 1,647 murid (5A), 2,398 murid (4A), 3,409 murid (3A), 1,624 murid (2A) dan 920 murid hanya memperoleh 1 A.

Gred Purata Negeri (GPN) bagi UPKK 2022 hanya  mencatatkan 1.85 dan daerah Raub dinobatkan sebagai daerah terbaik bagi negeri Pahang sejak tahun 2019 manakala  KAFA Permata Wawasan di Temerloh diumumkan sebagai sekolah terbaik.

Secara keseluruhan berbanding tahun lalu, UPKK tahun 2020/2021 menunjukkan penurunan dan mencatatkan 7,599 calon mendapat keputusan cemerlang 8A.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali dan Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Abdul Zaki Md Zain menyampaikan anugerah kepada 20 pelajar terbaik pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Negeri Pahang Tahun 2022 di Kuantan hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali dan Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Abdul Zaki Md Zain menyampaikan anugerah

Mohd Firas Mohd Hafiz, 12, dari Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Balok diumumkan sebagai murid terbaik UPKK 2022 negeri Pahang bagi kategori pelajar lelaki.

Anugerah pelajar terbaik kategori perempuan dirangkul oleh Nurfasihah Amalin Norhisham, 12, dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) R-Raudhah Islamiah Sungai Isap 1, Kuantan.

Seramai 15,715 yang mendaftar peperiksaan mankala 15,053 calon hadir dan 662 lagi tidak hadir UPKK 2022.

Antara 10 pelajar lelaki terbaik mendapat keputusan cemerlang UPKK hari ini

UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran murid dalam bidang pembacaan dan penghafazan al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam, ilmu fardhu ain, amalan cara hidup Islam serta menguji kemahiran membaca dan menulis Jawi.

Lapan mata pelajaran membabitkan bidang al-Quran, ulum syariah, sirah, adab  dan akhlak islamiah, jawi, lughatul quran, penghatan cara hidup Islam dan amali solat.

Seramai 533 guru KAFA yang bertauliah di seluruh negeri ini dengan bilangan guru perempuan seramai 2,219 dan 384 lagi guru lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast