KUALA LUMPUR – Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi hampir pasti menjawat jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO apabila jauh meninggalkan pencabarnya yang lain.
Setakat jam 5 petang tadi, Nurul Amal memperolehi 84 undi UMNO Bahagian pada pemilihan kali ini.
Keputusan itu menyaksikan Nurul Amal mengetepikan saingan pencabarnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang mendapat 32 undi.
Bekas Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, Dr Masliha Harun, pula sekadar memperoleh 30 undi.
Pertandingan bagi merebut jawatan ketua Puteri UMNO menyaksikan pertembungan enam penjuru. – MalaysiaGazette