KUALA LUMPUR – Program Jom Ziarah di bawah Projek Artikel 11 anjuran Impact Malaysia bukan sahaja membawa belia mengunjungi gereja malah turut menziarahi rumah-rumah ibadat lain seperti masjid, kuil dan gurdwara.
Menurut Impact Malaysia, Projek Artikel 11 di bawah inisiatif Malaysia Inklusif merupakan kempen kempen berintegrasi ke arah objektif meningkatkan persefahaman belia dari segi budaya pelbagai kaum dan agama dalam masyarakat majmuk yang wujud di negara ini.
Jelasnya, Program Jom Ziarah pula bertujuan untuk mendedahkan golongan belia tempatan tentang budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa untuk meningkatkan sifat inklusif melalui aktiviti lawatan dan kesukarelawanan di Lembah Klang.
“Projek Artikel 11 mempunyai dua gerak kerja. Pertama, lawatan menerusi program ‘Jom Ziarah’ di mana belia akan dapat menziarahi rumah ibadat yang berlainan daripada agama sendiri untuk tujuan melihat persamaan nilai dan perbezaan agama.
“Kedua, belia mengikuti aktiviti kesukarelawanan untuk membantu golongan rentan yang dianjurkan oleh pertubuhan kebajikan berasaskan agama, supaya belia dapat memahami bahawa semua agama mempunyai persamaan dari segi nilai murni dan menganjurkan inisiatif bersifat kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui Facebook malam tadi.
Impact Malaysia yang merupakan agensi di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengulas kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin semalam yang mendakwa Projek Artikel 11 sebagai aktiviti evangelist atau dakwah ke arah agama Kristian.
Sebelum ini, tular poster Impact Malaysia yang mengajak belia bukan Kristian untuk menyertai program ‘Jom Ziarah’ ke sebuah gereja di Klang, Selangor pada Sabtu ini.
Dalam poster itu diterangkan Projek Artikel 11 mendedahkan belia kepada agama yang berbeza dengan aktiviti lawatan dan sukarelawan untuk menjadikan Malaysia lebih inklusif.
Program tersebut mencetuskan bantahan daripada umat Islam yang bimbang tentang kesannya terhadap akidah belia Islam.
Impact Malaysia memberitahu, program Jom Ziarah Gereja dan Jom Ziarah Kuil Hindu akan dijalankan pada 18 dan 19 Mac ini.
Agensi itu berkata, program Jom Ziarah Gereja merupakan lawatan ketiga dan lawatan sebelum ini adalah menerusi program Jom Ziarah Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan pada 4 Mac lalu yang melibatkan lapan peserta dari kaum Cina dan India.
“Program Jom Ziarah Gurdwara di Gurdwara Sahib Shah Alam pada 11 Mac lalu telah melibatkan tiga peserta berbangsa Cina,” katanya. – MalaysiaGazette
Kat barat, org Kristian pakat dtg ziarah masjid. Then, depa ramai-ramai masuk Islam.
Elok suruh depa balik ke western countries , ajak para ‘warga yg kehilangan tuhan ‘ kembali ziarah gereja…
Kena bagitau depa, org Islam di Malaysia saban hari dah ke masjid. Bln puasa je, byk masjid yg melimpah-limpah pengunjungnya, nak solat terawih pun ada yg tak cukup tempat….