KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana petang tadi.
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang berkongsikan pertemuan itu melalui Twitter berkata, Pelbagai perkara dibincangkan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh semangat keterbukaan dan positif, berkait dengan urusan negeri dan Persekutuan.
Antaranya termasuk program pembasmian kemiskinan, pembangunan, kewangan dan lain lain.
“Mengurus tadbir negeri dan Pusat memerlukan lebih dari “political will” untuk melaksanakan tajdid yang hakiki, untuk melonjakkan minda masyarakat ke arah Maju – Berkat – Sejahtera,” katanya.
Anwar sebelum ini berkata akan bertemu dengan Kerajaan Negeri Teregganu selepas suhu politik reda.
Kenyataan itu dibuat selepas kunjungan Anwar ke Terengganu pada Januari lalu tidak disambut oleh barisan kepimpinan negeri.
Namun, Ahmad Samsuri mendakwa isu ketidakhadiran itu disebabkan masalah komunikasi, justeru tidak mahu memanjangkannya.- MalaysiaGazette