Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR- Pengerusi DAP Lim Guan Eng menghantar surat tuntutan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Presiden BERSATU itu menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Salinan surat tuntutan menerusi Tetuan Gouk itu dimuat naik Guan Eng menerusi akuan media sosial miliknya.

Antara salinan surat tuntutan terhadap Muhyiddin yang dimuat naik oleh Lim Guan Eng.

Mengikut surat tuntutan itu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan bekas Menteri Kewangan itu sebagai individu yang bertanggungjawab atas pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary menerusi tiga kenyataan berasingan.

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk bagi pihak Guan Eng, akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast