TAPAH – “Maaf, saya masih busy lagi sekarang. Nanti saya call semula,”.
Itu maklum balas yang diterima Azmi Bah Kachang selepas dia menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai dakwaan kecurian pasir di Kampung Sungai Cincin di sini.
Azmi bertambah kesal apabila perkara itu bukan kenyataan daripada pegawai bawahan Jakoa, sebaliknya ia adalah maklum balas daripada Pengarah Jakoa Perak dan Kedah yang dianggap sebagai individu yang boleh mereka bergantung harap.
Panggilan telefon yang dirakam itu dikongsikan kepada wartawan MalaysiaGazette selepas Azmi hilang arah untuk mengadu apabila sudah lebih lima tahun isu tersebut seakan-akan diremehkan oleh Jakoa Perak.
“Pada 2018, kami penduduk kampung telah pun serahkan memorandum bantahan kes kecurian pasir di kampung kami. Bayangkan seawal jam 4 pagi kami diganggu dengan bunyi bising kerja mengorek pasir, lori pula keluar masuk dengan pemanduan yang laju, debu pasir berterbangan, tapi Jakoa Perak masih membisu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.
Dakwa Azmi, hampir seminggu dia menunggu panggilan semula daripada Pengarah Jakoa itu yang berjanji akan hubungi untuk maklumkan perkembangan kes tersebut, namun sepi sehingga kini.
“Akhirnya, saya yang hubungi dia semula. Selepas perlu melalui banyak tapisan, hampir tiga minit baru saya dapat cakap dengan beliau. Saya terkejut sebab bila saya mengadu, dia seakan-akan tidak pernah tahu kes itu sambil saya dengar dia tanya pembantunya pernah tahu ke pasal kes ini, walhal ini isu lama,” ulas Azmi.
Selepas perbualan ringkas selama dua minit itu, individu itu sekali lagi meminta Azmi dan penduduk kampung bersabar kerana pihak mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu tersebut dan berjanji akan menghubungi semula.
“Kini, saya rasa tertipu lagi. Tidak ada pun panggilan untuk mereka beritahu jalan solusi tentang gangguan yang kami alami. Jakoa umpama ayah kami, tempat kami mengadu dan berharap namun kami seperti anak tiri yang sering disisihkan,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, MalaysiaGazette mendedahkan hampir 400 penduduk Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Sungai Cincin diancam dengan pencemaran bunyi, udara dan sungai.
Mana tidaknya, saat lena dibuai mimpi mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman yang cukup kuat seawal jam 4 pagi apabila projek di bawah kendalian salah sebuah syarikat itu memulakan operasi.
Tinjauan MalaysiaGazette juga mendapati, projek itu turut menyebabkan aktiviti pencarian ikan di sungai kampung mereka tidak lagi menemui hasil akibat pencemaran sisa diesel di sekitar tapak pengambilan pasir tersebut.
Sehingga ke hari ini, mereka juga berdepan dengan udara tidak sihat apabila pekarangan rumah pasti akan dipenuhi dengan debu pasir yang ‘berterbangan’ berikutan tapak projek itu hanya sekitar 500 meter dari penempatan mereka.
Sehubungan itu, mereka berharap semua laporan yang dibuat sebelum ini termasuk kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan akan menemui jalan penyelesaian. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Orang Asli dakwa bekas MB Perak pandang remeh kes curi pasir
Sampai bila keadaan yg mengancam kehidupan kaum asal kita akan dikhianati. Adakah sampai racun Ipoh sumpitan maut dulu baru ada tindakan.
Sedar lah wahai manusia yg kononnya bertamadun dan mempunyai kuasa..bahawa semua yg dipegang pasti hancur suatu masa, suatu hari nanti. Ingat kamu Islam..Bukan makan babi saja yg HARAM.
Buatlah report aduan sbyk mna skalipn.. klu rangkaian yg trlibat dgn pihak yg ada kuasa tidak ke mna.. klu ada unsur2 rasuah lg teriniaya pndduk stmpat. carigali psir scara hram ni x lama, akn jd jutawan.
Pengarah JKOA Perak/Kedah, sila letak jawatan! Faizal Azumu, anda pasti hilamg undi rakyat lepas ni
MB PERAK wajib ambil tindakan tegas pada JKOA terbabit,samada pecat ataw di nasihatkan bersara,..
Jenis manusia2 ada jawatan haramjadah macam inilah yang rosakkan Kerajaan Negeri..
Mungkin ia juga satu sabotaj terancang JKOA terbabit untuk Kerajaan (siapa tahu JKOA terbabit adalah orang PN)..
Hati2 lah mainan ini,..
#DATOSAARANIMBPERAK
Tiada gunanya, kes kami di Desa Cempaka berdekatan Balai Polis Ampang (Taman Cempaka) juga serupa, aduan demi aduan kes penceroboh mengusahakan dusun durian haram di atas tanah rizab kerajaan JPS di pinggir Sungai Pinji di Persiaran Cempaka Sari 56 sehingga Sari 38D, Desa Cempaka dengan mendirikan dinding zink-zink besar, rumah anjing liar, telaga air bawah tanah, memasang kabel TNB, camera CCTV…BERITA HARIAN bertarikh 30.01.2022 melaporkan DATO BANDAR MELARANG TANAMAN POKOK-POKOK DURIAN HARAM DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN tetapi hanya satu notis lepas itu si penceroboh mendakwa pihak berwajid memberikan kebenaran menanam pokok-pokok durian di dalam kawasan perumahan dan tanah rizab kerajaan negeri dimiliki oleh JPS dan MBI..Minta pihak media campur tangan.
Ini semua duit la ni.. Aduan kes mcm ni seeloknya lapor pada sprm biar jakoa n bekas mb skali di siasat sial punya pemimpin kita nlyg naik kn dia. Bila dia d puncak dia ludah kita yang di bawah sial punya pemimpin. Maaf terkasar sya pun melayu islam tpinisteri sya pun keturunan asli.
Bila penceroboh masuk ke kampung kita, hukumlah mereka bila PBT dan orang² besar tidak menghiraukan aduan kita. Saya pulak rasa amat marah bila rakyat peribumi ditindas.