JAMMU – Polis India menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri Narendra Modi.
Menggunakan nama Dr. Kiren J Patel yang bertugas sebagai Pengarah Tambahan (Strategi & Kempen) di Pejabat Perdana Menteri” ditahan selepas menipu pegawai kanan polis dan pentadbiran awam serta menikmati perlindungan keselamatan Z-Plus ketika melawat pemasangan keselamatan tinggi di Lembah Kashmir.
Dia ditahan pada 2 Mac lalu, lapor media tempatan.
Aduan polis yang difailkan terhadapnya mengatakan Patel cuba mendapatkan “kewangan” dan “manfaat material”.
Dia mempunyai akaun Twitter yang sah dan mendakwa sebagai seorang pegawai parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dalam kalangan pengikutnya.
Dalam profilnya, lelaki ini memperkenalkan kelulusan akademiknya dengan “PhD (Uni Komanwel, Virginia), MBA (IIM TRICHY), M.Tech (Sains Komputer), B.E. Komputer (LD Engineering, Thinker, Strategist, Analyst, Campaign Manager”.
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Patel di laman Twitter dan Instagram menunjukkan dia dalam “lawatan rasmi” ke Kashmir dikelilingi oleh pengawal separa tentera.
Menurut PTI, dalam satu lawatan, Patel mendakwa dia telah diminta oleh kerajaan untuk mengenal pasti pembeli untuk kebun epal di selatan Kashmir.
Pada lawatan lain, dia pergi ke destinasi ski popular Gulmarg dan mendakwa kerajaan telah memintanya untuk melihat penambahbaikan kemudahan hotel di kawasan itu.
Laporan mengatakan Patel diberi tahap keselamatan tertinggi, mengembara dengan kereta kalis peluru dan menginap di penginapan rasmi di hotel lima bintang semasa lawatannya.
Bagaimanapun, dokumen mahkamah mendedahkan pegawai keselamatan telah menemui kad pengenalan palsu yang simpanannya. – Agensi