Perdana Menteri dan juga Presiden Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas 2023 Malaysia Madani : Pelaksanaan Sebuah Idealisma di Stadium Melawati, Shah Alam. Foto MUHD NA’IM, 18 MAC 2023.

SHAH ALAM – Kerjasama Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan kerana mahu menyelamatkan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian bagi menjelaskan menjelaskan kepada perwakilan partinya dalam Kongres Khas PKR di sini hari ini kenapa PH bersedia menerima UMNO dan BN.

“Sebagai meraikan sistem demokrasi, kita pilih untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN tetapi kita tidak pernah memilih mereka untuk bersama dengan ideologi dan prinsip kita.

“Alhamdulillah, dalam tempoh empat bulan pertama selepas membentuk kerajaan persekutuan, kita memberikan penumpuan sepenuhnya untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan 130,000 orang.

“Tetapi masih ada suara-suara sebelah sana (pembangkang) mempertikaikan usaha kita sedangkan ketika mereka mentadbir sebelum ini, tidak ada apa yang dilakukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast