KUALA LUMPUR – Tiga calon wanita termasuk bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berada dalam senarai 25 calon yang mendapat undi paling tinggi bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengumumkan keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO di Facebook miliknya sebentar tadi.
Undian menunjukkan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Datuk Suraya Yaacob turut berada dalam senarai berkenaan.
Shahaniza, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul dan bekas Exco Pahang, juga berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran pada pemilihan semalam manakala Suraya pula bekas Exco Kedah dan penyandang jawatan Ahli MKT.
Isham turut menyenaraikan keputusan tidak rasmi pemilihan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap serta naib presiden.