KUALA LUMPUR — Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mendahului dalam keputusan rasmi bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dengan mendapat 148 undi, diikuti Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan 145.
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyusul di tangga ketiga dengan 130 undi, berada di hadapan Datuk Seri Ahmad Maslan yang memperoleh 124 undi.
Dalam persaingan sama, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berada di tangga ke-14 dengan 86 undi.
Mereka berlima yang merupakan menteri dan timbalan menteri dijangka menang dalam perebutan 25 calon lain bagi jawatan MKT UMNO pada pemilihan kali ini.
Setakat 11.30 pagi, kedudukan terkini 25 teratas Ahli MKT UMNO berserta jumlah undi adalah seperti berikut:
1 Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (148)
2 Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (145)
3 Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (143)
4 Datuk Seri Ahmad Maslan (142)
5 Datuk Seri Bung Moktar Radin (133)
6 Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (125)
7 Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (126)
8 Datuk Azlan Osman (111)
9 Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (108)
10 Datuk Dr. Ir. Shaik Hussein Mydin (108)
11 Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii (97)
12 Datuk Seri Dr. Md Alwi Che Ahmad (96)
13 Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin (95)
14 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (96)
15 Datuk Zahida Zarik Khan (91)
16 Datuk Johan Abd Aziz (85)
17 Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (84)
18 Datuk Seri Dr Ahmad Said (82)
19 Datuk Seri Jamil Khir Baharom (83)
20 Isham Jalil (83)
21 Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (80)
22 Datuk Seri Jalaluddin Alias (75)
23 Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (78)
24 Datuk Lokman Noor Adam (78)
25 Datuk Suraya Yaakob (75)
– MalaysiaGazette