Seramai 30 penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dijamu menu Korea di K-Town baru-baru.

KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan Ramadan, restoran makanan Korea popular, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan All-You-Can-Eat.

Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) untuk merasai keunikan makanan Korea yang popular ketika ini di mana ia menjadi menu khas di restoran K-Town.

Pengasasnya restoran itu, Andy Goh berkata, ia bukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama dianjurkan pihaknya kerana pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town bersama selebriti, Zizan Razak.

Jelas beliau, tujuan program itu diadakan kerana pihaknya sedar ramai yang memiliki keinginan untuk mencuba makanan Korea namun selera itu terbatas kerana harganya yang sedikit mahal.

“Bagaimanapun, golongan gelandangan ini adalah pelanggan pertama menikmati hidangan All-You-Can-Eat di K-Town sempena kehadiran Ramadan yang menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu RM79.00 pada hari biasa dan RM89 untuk hujung minggu.

“Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmatinya serendah RM39.00. Selain hidangan super lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP dimana petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera,” kata sambil memberitahu hidangan All-You-Can-Eat tidak hanya terhad di bulan Ramadan sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa.

K-Town berharap dapat menawarkan peluang pekerja kepada golonganan gelandang apabila cawangannya semakin bertambah.Sementara itu, program CSR yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu membabitkan seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan bas yang disediakan penganjur.

Sejak setahun beroperasi, K-Town kini  mempunyai tiga cawangan di GVillage Desa Pandan selain Bukit Jelutong, Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.

Mengulas perancangan syarikat, Andy berharap dapat membuka lebih banyak cawangan agar dapat mencipta peluang pekerjaan khususnya bagi mereka yang kehilangan kerja gara-gara pandemik Covid-19.

“Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi namun kami yakin jika banyak cawangan dibuka, pelbagai peluang pekerjaan dapat dicipta. Secara tidak langsung menjadi solusi kepada kadar pengangguran yang tinggi.

“Komuniti gelandangan misalnya mampu mengubah nasib mereka ke arah kehidupan yang lebih baik. Bukan setakat pekerjaan, mereka yang menyertai kami berupaya membina perniagaan
sendiri. Dimana kami menawarkan syer kepada pekerja setia kami yang berhasrat memiliki cawangan K-Town sendiri,” katanya.

Pengasas K-Town, Andy Goh.

Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, Andy yang merupakan bekas pramugara Sistem Penerbangan Singapura menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014 di mana restoran pertama yang dibukanya adalah Shell Out.

Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru
bersama rakan niaga ketika gelombang kedua pandemik Covid-19.

Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan membekalkan daging premium seperti wagyu memandangkan terikat dengan penjarakan
sosial.

“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama.

“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu.

“Pada masa sama, ramai yang tidak tahu restoran K-Town adalah milik sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast