mesin layan diri menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

KUALA SELANGOR – Sebanyak 100 mesin layan diri menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) akan diletakkan di beberapa lokasi seluruh negara dalam tempoh sebulan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, antara lokasi yang telah dikenal pasti adalah stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan Lembah Klang.

“Kalau di UiTM Kampus Puncak Alam dapat sambutan baik sudah tentu kita tumpukan di lebih banyak lagi tempat-tempat awam termasuk termasuk kampus lain.

“Kita juga ada permintaan di hospital tapi kita kena imbangkan semua,” katanya selepas melancarkan mesin layan diri pertama di Fakulti Sains dan Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam hari ini .

Menurut Rafizi, selain membantu menambah pendapatan rakyat, mesin layan diri yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan serendah RM2 turut membantu merangsang persaingan dalam kalangan peniaga.

Ujarnya, dengan langkah berkenaan, harga makanan dapat dikawal tanpa bergantung dengan pemberian subsidi kepada bahan mentah.

Situasi itu sekaligus akan dalat mengekang inflasi secara berperingkat, katanya.

“Ada pelbagai cara untuk menurunkan harga barang dan kekang inflasi. Kaedah lama adalah dengan bagi subsidi tapi kebelakangan ini kita lihat perkara itu perlu diimbangkan kalau industri terlalu bergantung kepada suntikan dana semata-mata dan pembeli juga bergantung kepasa harga yang  dikawal kerajaan ia menimbulkan masalah dalam tempoh panjang satu masalah kewangan kerajaan.

“Sebab itu pendekatan kerajaan pelbagai serampang,” katanya lagi.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan memperuntukkan RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi tahun ini untuk program IPR bagi membantu 130,000 golongan termiskin di negara ini.

Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil diperoleh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast