merasmikan mesin layan diri dari Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di UiTM Kampus Puncak Alam hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata mahu membuat langkah populis.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, meskipun diasak oleh pelbagai pihak namun kerajaan perlu nekad untuk tetap dengan pendirian berkenaan demi masa depan rakyat.

“Tidak ada langkah populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran buat keputusan untuk dapat klik (sambutan di TikTok, Facebook dan kesannya betul kita merasainya  sekarang.

“Jadi dengan majoriti kita ada dengan mandat kita ada saya yakin dalam tempoh lima tahun rakyat akan memahami bahawa keputusan walapun ada tekanan hebat dari rakyat, itu untuk kebaikan negara dan kesan itu akan dihargai rakyat dari satu bulan ke satu bulan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan mesin layan diri dari Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di UiTM Kampus Puncak Alam.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pengeluaran KWSP memberi kesan kepada pelaburan negara.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

Dalam masa yang sama,  kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan KWSP menguruskan dana pencarum yang akhirnya memberi impak kepada pengurusan kewangan institusi berkenaan dan pencarumnya.

“Terserah kepada KWSP untuk respon. Mereka lebih arif tentang kedudukan mereka, mereka tahu kedudukan kewangan mereka, dan pelaburannya. Tapi secara prinsipalnya KWSP mengurus dana dalam KWSP tu dan pelaburannya.

“Kerajaan tidak patut campur tangan dalam urusan ini, KWSP sudah nyatakan dengan jelas bahawa pengeluaran akan jejaskan pengurusan memberikan beberapa kesan.

“Kalau kerajaan ambil langkah polulis demi menang pilihan raya negeri ia akan memberi kesan dana kepada KWSP,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast