KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, orang Melayu patut menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa, penentangan itu perlu dilakukan berikutan halangan yang dibuat terhadap pelancaran proklamasi Melayu.
Dr. Mahathir berkata, isi kandungan proklamasi menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan UMNO.
“Menghalang pelancaran ini bermakna kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO.
“UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya. Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan bumiputera lain.
“Apabila kerajaan menghalang pihak lain melancarkan proklamasi ini, ia mengkhianat janji dalam Perlembagaan Negara. Sebab itu orang Melayu patut tentang kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut meminta supaya tuduhan bahawa beliau membolot kekayaan untuk keluarga dibuktikan.
Gesaan itu dibuat selepas Mahathir mendakwa, Anwar telah melemparkan tuduhan berkenaan terhadap dirinya.
“Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, ‘ada orang dulu, 22 tahun, campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat’.
“Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.
Menurut Dr. Mahathir, tuduhan yang tidak dibuktikan dengan jelas dan tidak boleh diterima sebagai benar merupakan satu fitnah.
Anwar membuat kenyataan tersebut pada 18 Mac lalu dalam ucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Anwar bagaimanapun tidak menyebut nama individu terbabit.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, individu berkenaan hanya sedar dan mengeluh tentang nasib orang Melayu selepas hilang tampuk kuasa.
Anwar membuat sindiran terhadap individu berkenaan yang mendakwa kononnya orang Melayu semakin ditindas dan hilang kuasa bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.
Anwar mengingatkan individu tersebut supaya berhenti memperbodohkan rakyat, mereka cerita kononnya kuasa dan hak Melayu semakin lemah bawah kerajaan hari ini.
Dr. Mahathir menjelaskan, beliau mengeluh tentang nasib Melayu kerana selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, beliau mendakwa kaum tersebut hilang segala-galanya
“Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi perdana menteri. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi perdana menteri selepas PRU 14.
“Tetapi Kerajaan PH (Pakatan Harapan) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya.-MalaysiaGazette
Anwar kenalah buktikan tuduhan2 kepada Atok dan keluarga. Rakyat nak tengok betul ke dakwaan tersebut atau main petik2 saje @sembang kari?
Jangan lupe buka RCI forex bang non!
Sekian lama Dasar Ekonomi Apartheid menghadkan 30% ekonomi untuk majority pribumi supaya minority migran bukan pribumi meraih 70% ekonomi politikus Pak Pandir ooii!
Orang ramai patut mengarak kau atas van jenazah dan meludah muka kau sepanjang perjalanan kerana perbuat terkutuk kau sepanjan memeyintag 22 tahjn dan 22 bulan.
Tolong jangan jadi jahil dan bodoh, bagaimana semua anaknya boleh menjadi billionaire dalam tempoh yang singkat? Anda tidak memerlukan saintis roket untuk memikirkannya jika ia bukan melalui rasuah dan salah guna kuasa semasa beliau menjadi PM.
Sudah sudah la orang tua woiii.. Zaman pemerintahan hang pun melayu tak kemana.. Zaman hang tu kaum sepet yg banyak untungg.. …