Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan mengadakan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Namun, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa perlu berbincang dengan pengurusan universiti sekiranya mahu menganjurkan majlis tertentu.

“Suka saya ingatkan program di dalam IPTA perlulah berbincang dengan pengurusan universiti berkenaan terlebih dahulu. Mungkin ada ‘break down’ dalam komunikasi, jadi dalam hal ini kita memang berharap agar kedua-dua pihak dapat berjumpa dan mengaturkan semula program agar dapat dibuat sekali lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa dilarang memasuki kawasan kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menghadiri sesi dialog.

Bekas Menteri Belia dan Sukan berkata,  pihaknya kesal kerana dihalang sedangkan hanya mahu mendengar suara penuntut universiti selain membincangkan beberapa isu berkaitan dengan mereka.

Bagaimanapun semalam UiTM juga menyatakan, Mahasiswa Demokratik Malaysia yang mahu menganjurkan sesi dialog #JelajahMansuhAUKU di universiti itu tidak menggunakan saluran rasmi memohon mengadakan program di Kampus Shah Alam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast