KUALA LUMPUR – “Saya tidak kehilangan apa-apa, saya sudah kehilangan segala-galanya,” itu jawapan seorang bekas ratu cantik yang juga pelakon, Shakila Saiful.
Wanita berusia 27 tahun itu berkata demikian ketika ditanya kenapa dia berani mendedahkan pengalaman menggugurkan kandungan anak luar nikah dengan teman lelakkinya awal tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Nor Shakila Mohammad Saiful Islam itu menambah, dia bukan mahu mengaibkan maruah dan dirinya tetapi hanya ingin bersuara agar masalahnya didengari pelbagai pihak.
Malah dia sedar, sekiranya terus berdiam banyak lagi perkara buruk seperti ugutan yang akan menimpanya pada masa akan datang.
“Setakat maruah saya, nama saya dan bukan saya mengaibkan diri saya tetapi saya tidak hilang apa-apa lagi.
“Saya tahu kalau terus mendiam diri banyak lagi benda yang akan terus berlaku lagi selepas ini.
“Saya harap apa yang saya suarakan boleh memberi keberanian kepada wanita lain untuk melakukan tindakan ini jika berdepan masalah sama seperti saya.
“Saya juga berharap kisah hidup saya ini akan memberi inspirasi kepada mereka di mana adalah betul untuk bersuara dan jangan takut,” katanya.
Shakila menegaskan, dia memilih untuk bersuara di media sosial walaupun sedar kesan yang lebih buruk yang menimpanya.
“Saya tahu akan teruk kena kecam. Apa yang saya lakukan demi anak kembar yang saya gugurkan kerana mereka perlu diberi peluang untuk hidup. Saya perlu melepaskan segala-galanya untuk kesakitan yang saya lalui,” katanya.
Shakila juga memberitahu sudah bersedia untuk menerima ancaman lebih buruk selepas pendedahannya ini.
“Saya tidak hilang apa-apa lagi, mereka sudah rampas semua yang saya ada. Jika dengan bersuara ini dapat memberi kesan untuk mengubah keadaan dan orang lain, saya berserah,” katanya.
Semalam, Shakila membuat pendedahan berani apabila mendakwa diperdaya dalam perkahwinannya biar pun sanggup berkorban nyawa menggugurkan kandungan anak luar nikah sebelum ini.
Dia menggugurkan janin anak kembar berusia sebulan pada awal tahun lalu walaupun pada awalnya enggan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Shakila memberitahu, dia melakukan perbuatan tersebut selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.
Sebelum itu dia dan suami berkahwin pada 22 Mei tahun lalu sebagai janji menggugurkan janin itu.
Namun, kata wanita berusia 27 tahun itu, pada 24 November tahun lalu, suaminya telah memfailkan cerai di mahkamah syariah iaitu kira-kira enam bulan selepas mereka berkahwin.
Shakila berkata, selepas terasa diabaikan, dia cuba berhubung dengan bapa mentua di media sosial selain turut meluahkan perasaannya dan menceritakan segala cerita sebenar termasuk penguguran bayi yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Sebagai tindak balas kepada tindakan saya cuba mengadu nasib kepada bapa mertua sendiri, saya telah diugut oleh individu-individu tidak dikenali termasuk dibunuh,” katanya yang telah membuat beberapa laporan sejak awal tahun ini. – MalaysiaGazette
memalukan diri sendiri, dibukanya aib sendiri, bodoh punya orang, bangang, otak dekat buntut