Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyempurnakan Ziarah Ramadhan 2023 di Hulu Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR – Sempena Ramadan ini, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris mencemar duli terlibat dalam aktiviti gotong-royong bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor serta melawat kawasan sekeliling pusat kebajikan itu.

Dikenali program Ziarah Ramadan 2023, beliau turut mengagihkan bantuan kepada masyarakat di daerah itu menerusi sumbangan wang tunai RM400 untuk setiap penerima, kotak makanan ruji bernilai RM100 dan pakaian raya yang ditaja oleh Starvilion kepada empat keluarga asnaf terpilih.

“Selain itu, mereka turut menerima bantuan baik pulih rumah yang telah siap sepenuhnya melalui sumbangan zakat daripada Worldwide Holdings yang bernilai sekurang-kurangnya
RM1,500 setiap rumah.

“Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah juga menerima bantuan yang bermakna seperti pakaian raya, bantuan baik pulih, gotong royong, dan dekorasi pusat kebajikan, bantuan makanan ruji bernilai RM100 dan cek bernilai RM3,500,” katanya Yayasan Raja Muda Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) dalam satu kenyataan bersama.

Tengku Amir Shah turut mengagihan sumbangan kepada masyarakat di daerah Hulu Langat.

Turut hadir pada program itu, Ahli Lembaga Pengarah SAY, Tengku Datin Paduka Zatashah Sultan Sharafuddin.

Sementara itu, Ziarah Ramadhan 2023 itu turut memberi sumbangan kepada seramai 40 kanak-kanak dan lima penjaga selain mengagih sumbangan kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Selangor yang diwakili empat pegawainya.

Mereka menerima sebanyak 10 unit kerusi roda model Lightweight yang bernilai RM7,000 sumbangan Worldwide Holdings.

Sementara itu, SAY dengan YayasanRaja Muda Selangor telah menganjurkan program Ziarah Ramadan 2023.  bersama penaja utama, Worldwide Holdings iaitu sebuah syarikat korporat yang terkenal dengan tanggungjawab sosial korporat dan Starvilion sebagai syarikat hab fesyen Muslim.

“Program ini merupakan satu platform bagi Worldwide Holdings dan Starvilion menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan agihan zakat dan bantuan-bantuan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan.

“Pada tahun ini, Yayasan Raja Muda Selangor dan SAY telah memilih komuniti di daerah Hulu Selangor sebagai penerima bantuan,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast