NEW YORK – Taliban mengeluarkan perintah yang menghalang wanita Afghanistan bekerja untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
PBB berkata, Taliban telah memaklumkan kepada mereka secara lisan tetapi belum ada komunikasi bertulis mengenai arahan berkenaan.
Serentak itu, PBB telah memberitahu kakitangannya di Afghanistan untuk tidak melaporkan diri bekerja selama 48 jam sehingga mendapat kejelasan mengenai perkara tersebut.
Terdapat tekanan yang semakin meningkat terhadap kebebasan wanita sejak Taliban merampas kuasa di Afghanistan pada 2021.
“Ini adalah yang terbaharu dalam trend mengganggu yang menjejaskan keupayaan organisasi bantuan untuk mencapai mereka yang paling memerlukan,” kata jurucakap PBB.
Organisasi itu menambah, pihaknya tidak boleh beroperasi dan menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa tanpa kakitangan wanita.
Ini kerana, pekerja wanita memainkan peranan penting dalam operasi bantuan di lapangan, terutamanya dalam mengenal pasti wanita lain yang memerlukan.
PBB telah berusaha untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada 23 juta orang di Afghanistan, yang sedang dilanda krisis ekonomi dan kemanusiaan yang teruk.
Namun, pekerja wanita asing dikecualikan daripada larangan tersebut.
Tetapi jika dilaksanakan, ini akan menjadi ujian paling ketara bagi masa depan operasi PBB di Afghanistan, dan hubungan antara organisasi itu dengan Kerajaan Taliban. – Agensi