KOTA BHARU – Seorang anggota polis dan rakannya ditahan ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000 menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Machang, Selasa lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan kedua-dua suspek berumur 32 dan 35 tahun itu serta rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) Pengkalan Chepa kira-kira 7.45 malam selepas melihat kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota PGA8 telah menahan Toyota Hilux PDRM di lampu isyarat Wakaf Bata, Machang, hasil pemeriksaan menemukan 15 kotak coklat dan 12 bungkusan guni di bahagian kenderaan tersebut yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM25,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek merupakan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu manakala seorang lagi suspek bekerja sebagai mekanik dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes narkotik.
“Mereka ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Polis juga akan mengenal pasti sama ada anggota tersebut berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya,” katanya. – Bernama
Sudah terlalu banyak kes yg melibatkan anggota polis yg menyalahguna kuasa serta terlibat dgn aktiviti menyalahi undang undang. Dimanakah silapnya adakah kekurangan penyeliaan dari atasan atau sudah menjadi tabi’i semula jadi berperangai macam ANJING YG SUKA MAKAN NAJIS, KALAU TAK MAKAN TETAP MENGHIDU JUA. TINDAKAN MEMECAT ADALAH YG PALING TEPAT. JGN DISIMPAN BANGKAI.