KUALA LUMPUR – Minggu lepas merupakan minggu dagangan bercampur-campur dengan kecenderungan negatif dalam kalangan pelabur asing yang menyaksikan empat hari jualan bersih.
Bagaimanapun, belian bersih RM63.0 juta pada Khamis mengurangkan jualan bersih sepanjang minggu, menurut MIDF Research.
Ia merupakan minggu kedua berturut-turut aliran masuk asing bersih minggu lepas, yang meningkat kepada RM18.8 juta daripada RM11.5 juta minggu sebelumnya.
Pelabur asing menjual ekuiti tempatan sebanyak RM150,000 pada hari Isnin, RM14.9 juta (Selasa), RM24.4 juta (Rabu) dan RM4.7 (Jumaat).
Khamis adalah satu-satunya hari dengan aliran masuk bersih, yang menyaksikan sebahagian besar dana asing mengalir ke dalam saham mewah iaitu Petronas Gas, QL Resources dan Public Bank.
Firma penyelidikan itu berkata, sentimen kekal sihat, dirangsang oleh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini, yang memperoleh komitmen pelaburan berjumlah RM170.07 bilion ke dalam beberapa industri di Malaysia dan juga RM2.44 bilion potensi eksport ke China.
Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah produk & perkhidmatan pengguna (RM39.1 juta), utiliti (RM24.2 juta) dan Tenaga (RM18.2 juta), manakala tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan ( RM39.1 juta), penjagaan kesihatan (RM30.2 juta) dan teknologi (RM16.9 juta).
Setakat ini, pelabur asing telah menjual bersih ekuiti Malaysia selama sembilan daripada 14 minggu, berjumlah RM1.86 bilion.
Manakala pelabur institusi tempatan sebagai pembeli bersih dengan jumlah RM50.1 juta, selepas menjadi penjual bersih sebanyak RM3.9 juta minggu sebelumnya.
Mereka menjadi penjual bersih sebanyak RM71 juta pada hari Khamis tetapi menjadi pembeli bersih sepanjang minggu.
Setakat ini, pelabur institusi telah menjadi pembeli bersih selama 10 daripada 14 minggu dengan jumlah RM1.82 bilion.
Menurut MIDF Research, pelabur runcit pula menjadi penjual bersih pada minggu kedua berturut-turut sebanyak RM69 juta.
Mereka bersih membeli sebanyak RM8 juta ekuiti tempatan pada hari Khamis tetapi menjadi penjual bersih untuk sepanjang minggu.
Setakat ini, pelabur runcit menjadi pembeli bersih selama tujuh daripada 14 minggu tahun ini, dengan jumlah RM22.9 juta.
Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan sebanyak -5.8%, institusi tempatan -3.2% dan pelabur asing 18.8%. – MalaysiaGazette