Gambar hiasan

IPOH –  Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata anggota berusia 33 tahun itu dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.

Katanya, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berpangkat Koperal itu jam 12.50 tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama kehilangan dan sehingga kini anggota itu belum ditemui.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast