KENTUCKY – Empat orang terbunuh apabila seorang pekerja Old National Bank melepaskan tembakan di sebuah bank di Louisville, di sini.
Lebih tragis apabila serangan itu disiarkan secara langsung menerusi Instagram oleh suspek.
Polis berkata, mangsa yang maut itu berusia antara 40 dan 64 tahun manakala sembilan lagi cedera termasuk seorang pegawai polis baru yang menamatkan pengajian dalam pasukan dua minggu lalu.
Anggota polis itu, Nickolas Wilt, 26, telah dipukul dikepala oleh suspek dan masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan.
Media tempatan melaporkan suspek dinamakan sebagai Connor Sturgeon berusia 23 tahun.
Dia didakwa melakukan serangan dengan menggunakan senapang.
Lelaki ini dikatakan telah berbalas tembakan dengan polis dan telah ditembak mati.
Tembakan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Old National Bank yang terletak di pusat bandar.
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata, seorang kawan rapatnya telah terbunuh dalam serangan itu.
“Ini amat mengerikan. Saya mempunyai kawan rapat yang sudah tiada pada hari ini,” katanya dengan penuh emosi. – Agensi