Yahaya Othman

KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta warga kota dijangka keluar meninggalkan ibu negara pulang ke kampung halaman masing-masing bermula 20 April ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Yahaya Othman meminta mereka yang pulang berhari raya borang maklumat balik kampung dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Ia bertujuan membantu pihak polis dalam membuat perancangan rapi dan pemantauan di kediaman yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan itu.

“Kita tidak mahu mereka yang balik bergembira ke kampung halaman sempena Aidilfitri pulang bersedih melihat rumah dimasuki penjenayah,” katanya selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat 2023 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kempen berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam.

Mengulas lanjut tentang statistik kemalangan jalan raya, Yahaya berkata, terdapat peningkatan sebanyak 33 peratus bagi tempoh antara Januari hingga Mac tahun ini berbanding tempoh sama 2022.

“Ini kerana pada 2022, negara sedang berada dalam fasa ke-4 Pelan Pemulihan Negara dimana masyarakat secara umumnya lebih berhati-hati dan kurang melakukan pergerakkan keluar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast