KUALA LUMPUR – Melayu yang meninggalkan kewajipan berpolitik boleh diambil alih kerajaannya oleh bangsa lain yang menganut Islam.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedudukan yang mewajibkan mereka berpolitik memerintah negara dan memimpin masyarakat majmuk berpandukan Islam yang adil kepada semua.
Menurut beliau, Melayu pula menganggap dirinya tidak berpisah bangsanya daripada Islam sehingga masyarakat umum Melayu menegaskan bahawa bangsa bukan Melayu yang menganut Islam adalah bangsa Melayu juga.
“Sesiapa yang tidak menganut Islam dikira bukan Melayu. Hal ini bukanlah fanatik perkauman tetapi hanyalah fanatik Islamnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, Melayu-Islam pula mestilah sedar bahawa Allah menggabungkan hubungan antara politik memilih dan mengikut pemimpin dalam firman-Nya bersama ketetapan hisab amal pada Hari Kiamat.
Beliau memberitahu, perkara itu menunjukkan politik adalah wajib bersama Islam.
Abdul Hadi turut mengingatkan kejatuhan Islam di Andalus yang telah bertapak selama lapan abad dan kemusnahan Baghdad yang bertamadun oleh bala tentera Tatar semuanya kerana nafsu harta yang melekakan, takhta dan wanita.
“Adapun kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pula ditambah oleh semangat fanatik mazhab dan fanatik perkauman, termasuk ajaran agama yang hanya menekankan soal berzikir dan leka dengan hanya bartariqat dalam tasawuf, sehingga meninggalkan politik Islam yang menghilangkan kuasa besarnya.- MalaysiaGazette
woow.. pejuang bangsa yg sejati … tiap2 minggu statement ttg perjuangan bangsa.. ooooo .. prk dah nk muncul dah tu
Dengan dia bukan main lagi hang kondem,degan geng2 hak sokong apek sepet punya la hang jilat depa punya pungkuq!!! sudah2 walacai walanon oiii, dunia x lama mana dah walacai oii!! walanon walacai sejati sungguh hang ni… hoihoiyahoiii caiiii….