Anthony Loke

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mempelawa bekas menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong melakukan flag-off kepada 185 penumpang yang akan berlepas ke Tawau menggunakan tiket penerbangan ekonomi pada harga mampu milik Khamis ini.

Menterinya, Anthony Loke  berkata, ia bagi membuktikan dakwaan tiket sehala penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau  yang melambung tinggi hingga mencecah RM3,138 tidak berasas dan mengelirukan.

“Saya nak jemput dia (Ka Siong) untuk sertai saya bersama-sama hantar 185 orang Tawau, di KLIA2, Khamis ini, pukul 10.15 malam dengan tiket penerbangan berharga RM249.

“Kalau dia tak percaya harga rendah boleh tanya sendiri penumpang betul ke beli tiket harga mampu milik,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Ka Siong mempertikai harga tiket penerbangan menjelang perayaan Aidilfitri terutama dari ibu negara ke Sabah yang disifatkan terlalu mahal dan mengecewakan orang ramai.

Beliau mendakwa, hasil semakan tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi untuk penerbangan pada 20 April ini, menjangkau sehingga RM3,138.

Bekas Menteri Pengangkutan itu mengingatkan kerajaan mengambil tindakan segera atau rakyat akan beranggapan syarikat penerbangan dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian yang ditanggung semasa Covid-19 dalam tempoh singkat.

Anthony juga melahirkan rasa kesal dengan dakwaan Ka Siong itu kerana boleh mengelirukan rakyat sedangkan ahli Parlimen Ayer Hitam itu hanya membuat semakan harga menggunakan satu aplikasi.

“Saya pelik dia periksa tiga telefon tapi dia tak periksa tiga aplikasi berlainan, masalahnya dia hanya periksa dengan satu aplikasi iaitu AirAsia Super App yang menunjukkan tiket KL ke Tawau kononnya untuk kelas ekonomi berharga RM3,138.

“Saya nak beritahu beliau, ada aplikasi Malaysia Airlines, kalau kita semak harga tiket KL-Tawau 20 April ini, 9 pagi penerbangan sehala berharga RM905 dan yang tinggal hanya kelas perniagaan sahaja berharga RM2,863.40,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan bekas menteri itu yang tidak tahu kewujudan aplikasi khas untuk Malaysia Airlines dan membuat semakan harga tiket itu menggunakan aplikasi syarikat penerbangan AirAsia.

“Ini macam nak beli KFC tapi pergi ke McDonald’s, tak masuk akal, kalau mantan menteri ada buat sedikit langkah seterusnya, jawapan yang akan diterima jauh berbeza,” katanya.

Anthony berharap Ka Siong tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai tentang harga tiket penerbangan sehala ke Tawau, Sabah pada musim perayaan ini.

“Isunya ialah ada pihak ketiga menggunakan beberapa aplikasi yang menjual tiket untuk Malaysia Airlines. Saya ada berhubung dengan Kapten Nizam, saya difahamkan Malaysia Airlines ada pertikaian dengan pihak AirAsia berkenaan dengan penjualan tiket ini melalui aplikasi AirAsia Grup.

“Jadi Malaysia Airlines telah memfailkan injuksi terhadap AirAsia Super App daripada menjual tiket Malaysia Airlines, itu pertikaian dari segi komersial,” katanya.

Katanya lagi, harga tiket penerbangan pada musim hari raya ini khususnya KL-Tawau di mana 78 peratus kerusi yang dijual semasa musim hari raya ini ialah di antara RM209 hingga RM841 untuk Malaysia Airlines.

“Selain itu, 12 peratus di antara RM905 hingga RM1,226 dan itu adalah harga dalam kelas ekonomi. Boleh dikatakan hampir 80 peratus tiket harga ekonomi dijual di bawah RM841.

“Ini kerana syarikat penerbangan ini menggunakan harga dinamik, mana yang beli awal dia akan dapat murah, selepas penjualan 10 peratus dia akan naik ke tangga seterusnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sekarang bukan waktu pandemik tapi tambang ke Tawau RM3,138?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ko sbg menteri pergi lah settle kan…habis ko nak bgtau mesej kpd rakyat, Air Asia tu menipu kaaa? Kaut untung atas angin? Habis apa tindakan ko sbg menteri kepada Tony Fernandes? Cukup2 laaa berpolitik..rakyat naik menyampah

  2. . mungkin tikit menteri tidak sama harga dengan rakyat biasa tikit saya kuala lumpur ke tawau 21hb april 2023 berharga rm 999. dekat dekat ribu sudah.. masa beli 30 hb mac 2023.

Comments are closed.