JAKARTA – Tiga askar yang dilaporkan hilang selepas serangan hendap oleh kumpulan pemisah di wilayah bergolak Papua, telah ditemukan mati, menurut Pusat Maklumat Angkatan Tentera Indonesia.

Serangan itu mengorbankan askar dari batalion infantri tentera simpanan strategik, termasuk Prebet Pertama Miftahul Arifin, yang ditembak mati sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter pada Sabtu.

Angkatan Tentera mengenal pasti tiga lagi tentera yang terbunuh dalam serangan hendap itu sebagai Prebet Pertama Kurniawan, Prebet Pertama Ibrahim, dan Prebet Pertama Sukra.

Mereka adalah antara 36 tentera yang menyertai operasi menyelamat juruterbang warga New Zealand Phillip Mark Mehrtens yang dilaporkan ditangkap pada Februari oleh kumpulan pemisah di daerah Mugi-Mam di Nduga.

Media tempatan melaporkan bahawa tentera berpecah untuk mencari tempat perlindungan ketika musuh melepaskan tembakan dari pelbagai arah.

Pasukan tentera memulakan operasi mencari, menyelamat dan mendapatkan semula empat mayat anggota pasukan dan dibawa ke Hospital Timika di Daerah Mimika pada Rabu.

Pada Selasa, Panglima Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Laksamana Yudo Margono, mengarahkan askar bersiap sedia dalam posisi tempur sebagai tindak balas terhadap serangan terbaharu oleh kumpulan yang sebelum ini sebuah organisasi digelar Free Papua. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast