Orang awam menyaksikan kemuncak fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada 11.55 pagi meskipun cuaca mendung dan awan tebal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan Planetarium Negara. Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 20 APRIL 2023

KUALA LUMPUR – Kemuncak fenomena Gerhana Matahari Separa dapat disaksikan pukul 11.55 pagi tadi di ibu kota meskipun cuaca mendung dan awan tebal sejak awal pagi.

Antara lokasi yang dikunjungi orang awam untuk menyaksikan sendiri proses pencerapan fenomena tersebut adalah Planetarium Negara.

Pengunjung yang datang melihat fenomena alam itu menerusi teleskop yang disediakan.

Selain itu, pihak Planetarium Negara turut berkongsikan visual litupan permukaan matahari ketika maksimum yang dapat dilihat pada kadar 43 peratus di Tawau sekitar 12.30 tengah hari.

Orang awam menyaksikan kemuncak fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada 11.55 pagi meskipun cuaca mendung dan awan tebal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan Planetarium Negara. Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 20 APRIL 2023

Dalam masa yang sama, pihak Planetarium Negara turut berkongsi visual fenomena Gerhana Matahari Hibrid di Australia Barat yang menyebabkan berlakunya gerhana hari ini.

Di Sabah, gerhana itu dapat disaksikan sekitar pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Manakala bagi Semenanjung Malaysia, fenomena berkenaan tamat lebih awal sekitar 1 petang dengan litupan permukaan matahari 1 hingga 15 peratus.

Di Kuching, Sarawak, litupan matahari mencecah sehingga 30 peratus, Kota Kinabalu 34 peratus dan tertinggi di Tawau iaitu 43 peratus.

Fenomena Gerhana Matahari Separa hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027 iaitu dalam tempoh empat tahun lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Solat sunat gerhana matahari tengah hari ini