Jemputan Solat Sunat Gerhana Matahari pada 20 April 2023

KUANTAN – Fenomena Gerhana Matahari Separa dilaporkan akan dapat disaksikan hari ini.

Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Mohd Rizal Mohd Ali Hanafiah mahu orang Islam yang berkesempatan untuk sama-sama menunaikan solat Sunat Gerhana Matahari Separa pada pukul  12.15 tengah hari  ini di masjid negeri.

Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd Rizal Mohd Ali Nafiah

“Insya-Allah, kita akan menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada hari ini bersamaan dengan 29 Ramadan 1444 Hijrah.

“Justeru, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 telah bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Pahang  mengajak seluruh masyarakat untuk sama-sama mencerap matahari dan menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah di perkarangan pintu utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Setelah itu, Mohd Rizal berkata, solat sunat khusus serta khutbah khas gerhana akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

“Marilah sama-sama kita merebut peluang emas ini pada bulan mulia ini,” katanya ketika dihubungi semalam. – MalaysiaGazette