istana kehakiman
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP), Istana Kehakiman menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa kaunter jamin di mahkamah ditutup awal pada 20 April lalu sehingga enam tertuduh gagal menyelesaikan proses ikat jamin.

Keadaan itu menyebabkan mereka dipenjara sepanjang cuti perayaaan Aidilfitri.

Dalam kenyataan hari ini, PKPMP berkata, kaunter jamin berkenaan sebenarnya ditutup pada jam 4 petang iaitu waktu biasa penutupan kaunter jamin sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya, kes yang dinyatakan dalam laporan tersebut melibatkan 10 orang tertuduh dan mahkamah telah membenarkan kesemua tertuduh tersebut dijamin.

Namun demikian, hanya penjamin bagi empat orang tertuduh sahaja hadir bagi meneruskan proses jamin manakala penjamin bagi enam orang baki tertuduh tiada di mahkamah untuk menguruskan proses jaminan tersebut.

“Kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi bagi membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan tersebut selanjutnya agar mahkamah dapat memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin-penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan.

“Sehubungan dengan itu, memandangkan dalam kes ini penjamin bagi kenam-enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada jam 4 petang (waktu biasa penutupan kaunter sepanjang bulan Ramadan), proses jamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat disempurnakan,” tambahnya.

Sebelum ini, portal tersebut melaporkan enam tertuduh itu antara 10 tertuduh yang meminta dibicarakan atas pertuduhan konspirasi jenayah dengan niat menipu.

Empat lagi individu bagaimanapun membayar ikat jamin tepat pada masanya.

Peguam mereka, Alvin Tan mendakwa kaunter ikat jamin ditutup pada jam 2.53 petang, tidak lama selepas majistret membenarkan tertuduh terbabit masing-masing diikat jamin RM4,000.

Notis di kaunter ikat jamin menyatakan waktu operasi adalah hingga jam 4.30 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Disahkan adalah PENJENAYAH KES MENIPU yang peguam GAGAL dalam KES bela.
    Peguambela PENJENAYAH MENIPU tunjuklah konon berlaku penutupan kaunter Bayaran JAMINAN lebih awal…. Kes ini diperbesarkan…. faham-faham lah KES pun MENIPU hahaha korang tertipu atau ditipu??? Welanon kulit Welanon

Comments are closed.