KATHMANDU – Bilangan permit tertinggi telah dikeluarkan untuk mendaki Gunung Qomolangma tertinggi di dunia dari bahagian Nepal pada musim pendakian musim bunga.
Jabatan Pelancongan Nepal telah mengeluarkan 454 permit untuk pendaki dari 61 negara untuk menakluki puncak setinggi 8,848.86 meter setakat Jumaat lalu.
Daripada jumlah itu, lebih dua pertiga daripadamya adalah pendaki wanita.
“Ini adalah jumlah permit tertinggi yang dikeluarkan untuk Gunung Qomolangma dalam sejarah pendakian,” kata Bigyan Koirala, seorang pegawai di bahagian mendaki gunung jabatan itu kepada Xinhua.
Penerima permit adalah 96 dari China, Amerika Syarikat (87) dan India (40).
Pada 2021, 409 permit telah dikeluarkan menawan puncak tertinggi itu,
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 pendakian pertama Gunung Qomolangma yang merentasi Nepal dan China, dan Jabatan Pelancongan terus menerima permohonan untuk menakluk puncak itu, kata Koirala.
Ekspedisi ke Gunung Qomolangma akan bermula dari minggu kedua bulan Mei.
Setiap pendaki perlu membayar AS$11,000 untuk mendapatkan permit mendaki gunung dari sebelah selatan. – Agensi