Statistik OP Selamat kemalangan jalan raya pada hari keempat bertarikh 23 April 2023.

KUALA LUMPUR – Hari keempat penguatkuasaan OP Selamat 20 sempena Aidilfitri 2023 menyaksikan sebanyak 1,381 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, naik berbanding 1,147 pada hari Sabtu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata, jumlah itu melibatkan 2,072 kenderaan.

Menurut jabatan itu, sejak hari pertama lagi pelaksanaan Op Selamat pada Khamis lalu, kereta menjadi kenderaan penyumbang utama kepada kes kemalangan iaitu sebanyak 1,528 buah atau 73.7 peratus.

Manakala motosikal terus menjadi penyumbang kedua tertinggi kes kemalangan iaitu 256 buah atau 12.4 peratus manakala 122 lagi kenderaan pacuan empat roda diikuti MPV (102) buah, lori (13) buah, van (43) buah, bas (5) buah dan tiga buah teksi.

Pada hari pelancaran 20 April lalu, Op Selamat mencatatkan sebanyak 1,964 kes kemalangan dan 1,389 kes nahas pada 21 April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast