kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah didakwa takut apabila Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani akan diadakan di enam negeri.

Oleh kerana itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa majlis itu tidak wajar dan satu pembaziran, selain sepatutnya diadakan di Putrajaya.

“Apa yang tidak wajarnya?,” soal Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Jelasnya, rumah terbuka itu diadakan untuk akar umbi dan membolehkan rakyat di negeri lain merasa.

Takkanlah dari dulu sampai sekarang Putrajaya sahaja merasa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, tujuan rumah terbuka untuk meluaskan perhubungan awam dengan orang ramai – jiran, kenalan rapat dan saudara mara kerana semua ornag boleh datang di majlis tersebut.

Sebab itu semua wakil rakyat dan menteri besar buat rumah terbuka.

Katanya, meskipun ada sedikit unsur politik dan kempen, kerana sambil menyelam sambil minum air, jadi apa salahnya.

“Sanusi pun boleh tumpang semangkuk. Dia boleh berdiri sebelah PM dari pagi sampai petang. Dia boleh bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus,” ujarnya.

Puad turut menafikan majlis rumah terbuka itu satu pembaziran.

“Kalau mahu berjimat cermat Sanusi tidak perlu buat open hause lain. Lagi pun mungkin orang yang sama akan hadir. Itu pembaziran.

“Sepatutnya Sanusi fokus tujuan open house. Bermaaf maafan dan kemeriahan. Kita mahu rakyat gembira. Sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,” kata Puad lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast